Sunday, 24 June 2012

APDM

KEPADA SEMUA GURU MALAYSIA
HARAP ISI BUTIRAN DI PANGKALAN DATA MURID
TARIKH AKHIR : 24 FEB 2012

Bahagia Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM telah menyediakan
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online sebagai sumber utama data murid mulai Januari 2012. Data murid yang wujud telah diambil dari DATA SMM 2011.



PANDUAN: UNTUK ADMIN/PK1/PENTADBIR/GD
NAMA PENGGUNA :  GUNA KOD SEKOLAH HURUF BESAR  CTH : NAE9085
KATA LALUAN:  sekolah   (HURUF KECIL)

MULA-MULA DAFTAR GURU KELAS: NAMA PENUH DAN NO IC

LEPAS ITU BARULAH CIKGU-CIKGU BOLEH LOG IN.
BACALAH ARAHAN DAN MANUAL
PANDUAN: UNTUK GURU KELAS
NAMA PENGGUNA: NOMBOR KAD PENGENALAN
KATA LALUAN:   guru   (HURUF KECIL)

Kepada Guru Kelas Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 4,  dinasihatkan membuat carian murid berdasarkan No KP / Sijil Lahir untuk wujudkan data murid kelasnya. Ini disebabkan
Aplikasi Pangkalan Data Murid menyimpan Data Murid 2011.

URL: http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalay

Saturday, 16 June 2012

SELAMAT BERCUTI


SEMESTER 2 SUDAH BERAKHIR.
 SELAMAT  BERCUTI....



Monday, 11 June 2012


Assalamualaikum.

Rakan Group Perlis 01, 
Kohot 2, Sem 2
Ingat Mengingati  !!!!!!!!!!!!


sila cetak dan bawa slip peperiksaan semasa menghadiri peperiksaan.

good luck!!!!!

Wednesday, 30 May 2012


INFO KESIHATAN

TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS

 Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri).
Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
 Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
 1. Tidur Sejenak Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
 4. Kerap ketawa Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

Tips Kesihatan Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama.
Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
 1. Bersenam @ beriadah. 2. Mengawal makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI ) Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001 - 33% orang dewasa - 2.6 juta berumur 30 thn - 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup Sebab : - 85 - 90% faktor keturunan - 40% faktor ahli keluarga terdekat - 23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK
PENGESYORAN Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn Normal Tinggi 130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup Hipertensi Peringkat 1 140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup Peringkat 2 160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan Peringkat 3 180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu Peringkat 4 210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera
GEJALA-GEJALA YG BIASA
 1. Mengalami pitam 2. Penglihatan kabur 3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress) 4. Muka menjadi kemerahan 5. Hidung berdarah secara spontan 6. Sakit Kepala waktu pagi 7. Telinga Berdegung / berdesing 8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil 9. Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK Serangan Iskemia Sementara (TIA) * "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak. * Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar. * Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi. * Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%. * Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.

JENIS STROK ASAS 'Strok trombik' (serangan jantung ke otak) * Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah' * Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme * (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah) * Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser. AMALAN DIET 1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
 2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
 4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
 6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI 1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak. 2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit... 3. Kekacang, soya, dal dan dll... 4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang 5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah 6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...) 7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.
UBAH GAYA HIDUP * Pil perancang * Rokok * Alkohol * Ketegangan (Stress) * Amalkan Senaman Perut punca segala penyakit
 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami) Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. 6 punca penyebab penyakit dari perut:-
 1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
 2. Terlalu berlebihan semasa makan.
 3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)
 4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
 5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
 6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor. Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan. Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)

Monday, 28 May 2012


SELAMAT DATANG .


Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya,
 sila tinggal komen jika tidak keberatan. :)


Saturday, 26 May 2012


TEKNIK BELAJAR BERKESAN
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Pengenalan
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.
http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Teknik Belajar 5R-STUV
1.   Recopy                                  [salin semula]
2.   Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
3.   Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4.   Recheck                                [semak semula]
5.   Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1.   s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
2.   t-test your self [uji diri anda]
3.   u-use                 [gunakan]
4.   V-visualize         [bayangkan selalu]

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Teknik Belajar Secara Pembayangan
Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.
Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.
Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.
Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.
Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.
Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
1.   Masa sebelum tidur -  masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2.   Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3.   Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4.   Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5.   Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6.   Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7.   Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8.   Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9.   Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10.                Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11.                Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12.                Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13.                Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14.                Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15.                Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16.                Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17.                Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18.                Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19.                Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20.                Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
        MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG   
                               MASA BELAJAR WAKTU SUBUH
Lain-lain masa yang perlu diurus.
1.   Masa ditelipon-pendekan perbualan
2.   Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
3.   Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
4.   Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
5.   Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
6.   Masa mendengar radio(kurangkan masa)
7.   Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
8.   Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar   ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Teknik Belajar PV3R
1.   Preview (tinjauan awal)
2.   Question (soal diri)
3.   Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
4.   Recite & write (lafaz dan tulis nota)
5.   Review (tinjauan akhir)
6.   Sumarize (ringkaskan)
7.   Test your self (uji diri anda)
8.   Use (gunakan)
9.   Visualize (bayangkan)

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
7 Cara Cemerlangkan Otak
1.   Positive mental attitude & positive physical action.
2.   Air-clean air for the brain.
3.   Mental Challenges for the brain.
4.   Food for the brain.
5.   Exercise for the brain.
6.   Sleep for the brain.
7.   Meditation & power brain./

http://www.sabah.net.my/juipri/blebul1a.gif
Amalan peningkatan daya ingatan
1.   Faham.
2.   Jarakkan/pecahkan masa belajar.
3.   Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
4.   Percaya pada diri sendiri.
5.   Ulang berkali-kali.
6.   Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7.   Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8.   Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

        AMALKAN SEMOGA BERJAYA