RPH



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN  3 BAHAGIA

Mata Pelajaran:           Bahasa Melayu
Kelas               :           3 Bahagia                               
Tarikh              :           15 April  2012 
Hari                 :           Ahad   
Masa               :           8.15-8.45 pagi                        
Bil Pelajar        :           15 orang
Tema               :           Keluarga Bahagia.
Tajuk               :           Keluarga Adam
Fokus Utama  :           5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
 yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1(i)          :           membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
 menarik.
Fokus Sampingan       7.1 membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat
 dan tersirat.
Aras 1 (i)         :           Menerangkan maklumat tentang pengalaman sedia ada.
Objektif           :           Diakhir pelajaran murid-murid dapat:
i.              Membaca petikan bertajuk “Keluarga Adam” dengan sebutan dan intonasi yang betul
ii.             Memberi maklumat yang tersurat dan tersirat dalam petikan yang disediakan.
iii.            Mengenalpasti kata nama khas dan kata nama am.
Kemahiran bahasa      :           Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem bahasa            :           1.  Morfologi    : kata nama khas dan kata nama am
                                                2.  Sintaksis     : Ayat tunggal, ayat majmuk, ayat Tanya
                                                3.  Kosa kata   :Tanggungjawab, mendidik, gotong royong,   
                                                                           cemerlang , beruntung dan membimbing.
Pengisian Kurikulum
Ilmu                 :           Pendidikan Moral
Nilai murni       -           Bahagia         
-       Kasih sayang
-       Hormat-menghormati
-       bekerjasama
Kemahiran bernilai tambah  :
Belajar Cara Belajar                -           Membaca
Kemahiran berfikir                  -           menghubungkait, menganalisis, penyelesaian masalah.
Pembelajaran                          -           mengaitkan pengalaman sedia ada
Pengetahuan Sedia ada         -            mempunyai keluarga sendiri, membina ayat
Bahan Bantu Belajar               -           Note book, projector, skrin, slide power point, petikan
                                                           Pemahaman dan  lembaran kerja.

Aktiviti Pengajaran
dan Pembelajaran
Catatan
Langkah/masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid



Set Induksi         ( 5 minit)
1. Guru bersoaljawab dengan murid
2.Guru menunjukan beberapa slid keluarga bahagia.
3. Bersoaljawab dengan murid tentang:
i. Adakah kamu mempunyai keluarga?
ii. Berapakah orangkah ahli keluarga kamu?
iii. Apakah aktiviti yang kamu lakukan bersama keluarga pada hujung minggu?
6. Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari itu.
1.  Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.
2. Murid memerhatikan slide yang ditunjukan oleh guru
2.  Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh guru berdasarkan paparan tersebut.

BBM : keluarga bahagia, komputer/LCD

Nilai :
 kasih sayang, hormat menghormati.
Langkah 1 (5 minit)
 Petikan Keluarga Adam 
1. Guru membaca petikan


2. Guru bersoaljawab tentang isi
     petikan
3.Guru memberi contoh kata 
    nama khas yang terdapat
    dalam petikan.
1. Murid mendengar bacaan guru.
2. Murid diminta membaca petikan
    secara kelas, kumpulan dan individu
3. Murid menjawab soalan guru.

4. Murid menggariskan contoh kata
  nama khas yang diberi oleh guru dan
  murid memberi kata nama khas yang
  mereka tahu berdasarkan petikan.
BBM :
Petikan “Keluarga Adam”
Strategi:Direktif kontekstual
Langkah 2 (10 minit) Aktiviti kumpulan
1. Guru agihkan murid kepada 4
     kumpulan.





1. Kumpulan 1&2  Menyusun dan
   menulis ayat-ayat yang sesuai
   mengikut urutan isi
2. Kumpulan 3&4 mencari dan menulis
    semula ayat yang mengandungi kata
    nama khas dan kata nama yang
    terdapat di dalam petikan
3. Wakil kumpulan bentang hasil
   perbincangan di hadapan kelas.
KB: Penyelesaian masalah,
KP: Verbal linguistic.
BBB: Kad-kad arahan
Strategi: Kontekstual metakognitif
Nilai: Kerjasama, berkeyakinan.

Langkah 3
(8 minit)
Penilaian 
Menjawab teka silangkata
1. Guru mengedarkan borang
    silangkata
2. Guru memberi penerangan
    apa yang perlu dilakukan.
3. Guru menyuruh murid
    melengkapkan silangkata.
1. Murid menjawab soalan silang kata
    mengikut urutannya.
2. Bincang jawapan soalan silang kata.
Strategi : Kontekstual metakognitif
Kb: Penyelesaian masalah.
Penutup
(2 minit)
Pengukuh
an/penga-
yaan/pe-
mulihan

1. Guru memberi pengukuhan
    kata nama khas. Kata nama
    am

Murid menyebut kata nama khas dan
kata nama am berulang kali.

Lembaran kerja







RPH

No comments:

Post a Comment